Pertandingan Filem Pendek 2020 – Updated

Pertandingan Filem Pendek 2020

Filem Pendek Pertandingan 2020

Tarikh penyertaan dibuka: 01.03.2020

Tarikh tutup penyertaan: 18.09.2020

Tujuan

  1. Meningkatkan keupayaan kreatif saudara-saudari dalam media filem.
  2. Menggalakkan kesedaran dan konsep penggunaan media yang betul, dan melalui undian secara terbuka di Internet menyiarkan karya-karya yang menang untuk menimbulkan perhatian umum mengenai subjek berikut.

 

Tajuk: Filem Pendek tentang Pendidikan Media

 

Element filemCyberbullying, Bergaul melalui talian internet, Youtuber, Ketagihan Telefon Bimbit, Pornografi Internet, Ketagihan Permainan Talian.

(Boleh pilih salah satu element di atas atau lebih

 

Matlamat: Melalui pertandingan, membina semula nilai yang betul, memupuk sikap menghargai kehidupan, belajar menghormati orang lain, memanfaatkan kuasa media, dan meningkatkan rasa tanggungjawab.

Terma dan syarat pertandingan:

  1. Terbuka kepada semua Kristian sahaja.
  2. Filem pendek, durasi video sepanjang 5 – 15 minit (termasuk tajuk dan kredit).
  3. Semua aspek penyertaan mestilah daripada idea asal peserta sendiri. Semua rakaman tidak boleh mengambil dari sumber video lain. Sekiranya plagiarisme didapati, pihak ICB berhak untuk menolak atau membatalkan sebarang penyertaan dan mengumpulkan balik bonus yang diedarkan.
  4. Filem boleh dihasilkan dalam Bahasa Malaysia dan mesti disertakan dengan sarikata.
  5. Sebarang penggunaan audio atau music mesit dikreditkan kepada sumber yang asal (copyright) atau mendapat kebenaran. Menggunakan audio dan muzik yang percuma adalah digalakkan.
  6. Peserta boleh menyertai pertandingan dalam bentuk individu atau kumpulan.
  7. Filem tidak boleh mengandungi unsur-unsur sensitivity perkauman, agama, politik, pornografi, keganasan, hina dan lain-lain.

Filem yang memenuhi syarat-syarat di atas boleh menyertai pertandingan ini.

Pengumunan pemenang:

Aktiviti pengundian “Anugerah Populariti Internet” akan diadakan pada bulan Ogos melalui halaman Facebook ICB, dan senarai pemenang akan diumumkan di laman FB.

Peralatan penggambaran filem pendek

  1. Kamera, HandyCam boleh digunakan untuk mengambar filem pendek dan proses penyuntingan, narasi, sarikata, muzik dan lain-lain diperlukan.
  2. Setiap penyertaan mesti dimuat naik ke Google Drive (dilabel sebagai “Pertandingan Filem Pendek 2020” dan e-mel link kepada icbsarawak@gmail.com.
  3. Format video dalam bentuk MP4, WMV, MOV atau MPEG.
  4. Kualiti video mesti 720p ke atas. Resolusi filem pendek adalah 1920×1080 (Mesti jelas, terang dan quality terbaik).
  5. Untuk pendaftaran dan maklumat, sila lanjut: https://icbscac.org/
  6. Untuk sebarang pertanyaan, emel ke: icbsarawak@gmail.com

Pendaftaran dan lampiran:

  1. Setiap peserta hendaklah mengisi borang penyertaan pertandingan dan borang Perakuan Kebenaran yang dilampirkan.
  2. Peserta mesti hantar borang penyertaan dan borang Perakuan Kebenaran yang lengkap sama dengan video kepada Board of Information Communication (icbsarawak@gmail.com) sebelum tarikh tutup.

Serlahkan bakat anda dan berpeluang memenangi:

 

  1. Tempat 1 : RM1000
  2. Tempat 2 : RM500
  3. Tempat 3 : RM300
  4. Hadiah Saguhati : RM100 (x3)
  5. Hadiah Populariti Internet : RM100

 

  1. Karya-karya yang menang akan dimuat naik ke laman web dan YouTube.
  2. Semua peserta akan dihadiahkan satu hadiah penyertaan.
  3. Setiap peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan, tetapi hanya satu penyertaan sahaja yang akan mendapat hadiah.

Lain-lain:

  1. Sekiranya penyertaan itu tidak mencapai tahap anugerah, anugerah itu akan ditarik balik atau dikurangkan.
  2. Penyertaan pemenangan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli/diciplak, melanggar hak orang lain, tidak menghasilkan diri atau melanggar undang-undang dan peraturan kerajaan, hadiah akan dibatalkan, dan bonus akan dikumpulkan.
  3. Sebaik sahaja penyertaan dihantar, hak cipta filem peserta akan dimiliki oleh Board of Information Communication, SCAC.
  4. Keputusan akhir penganjur adalah muktamad dan tiada bantahan.
Pertandingan Filem Pendek 2020 – Updated
Tagged on: